Sunday, May 12, 2013

TOKOH KARYA AGUNG

Berkas:Raja Ali Haji.jpg
RAJA ALI HAJI

Raja Ali Haji atau nama penuhnya Raja Ali Haji bin Raja Ahmad telah dilahirkan di pulau penyengat, sebuah daripada kepulauan Riau. Pulau Penyengat secara amnya terletak di sebelah barat Tanjung Pinang dan dipisahkan oleh sebuah selat. Raja Ali Haji juga merupakan keturunan kedua(cucu) kepada Raja Haji Fisabilillah, Yang Dipertuan IV dari kesultanan Lingga-Riau. Pada tahun 1822, sewaktu Raja Ali Haji masih kecil, beliau pernah dibawa oleh orang tuanya ke Betawi (Jakarta). Ketika itu, bapanya Raja Haji Ahmad menjadi utusan Riau untuk berjumba gabenor Jeneral Baron Van der Capellen. Berulang-ulang kali Raja Haji Ahmad menjadi utusan kerajaan Riau ke Jawa. Waktu yng berguna itu telah dimanfaatkan oleh puteranya, Raja Ali Haji berjumpa dengan banyak ulama bagi memperdalamkan ilmu pengetahuan islamnya.

       Kira-kira tahun 1827, iaitu sewaktu Raja Ali Haji berumur sebelah tahun, beliau telah mengikut bapanya ke mekah. Raja Ali Haji adalah antara anak Raja Riau yang pertama menunaikan haji pada ketika itu. Beliau juga telah tinggal dalam jangka masa yang lama di Mekah. Semasa di Mekah, Raja Ali Haji telah belajar beberapa bidang keislaman dan ilmu bahasa arab dengan beberapa orang tokoh besar seperti syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Raja Ali Haji juga terkenal sebagai seorang ahli bahasa. Dia telah menulis sebuah buku tatabahasa melayu yang berjudul Bustan AL-Katibin. Isi buku ini ialah tentang tatabahasa melayu. Usaha Raja Ali Haji sangat dihargai kerana telah dianggap sebagai percubaan awal untuk menyusun tatabahasa melayu sehingga karangannya mampu menampung kekurangan buku tatabahasa melayu pada waktu itu.

      Beliau juga dikatakan telah menulis sebuah lagi buku yang bercorak perkamusan iaitu Kitab Pengetahuan Bahasa. Manakala, bukunya yang paling besar dan berharga pula ialah sebuah buku yang berjudul Tuhfat Al-Nafis. Buku ini pada peringkat permulaan telah menceritakan tentang sejarah Singapura, Melaka dan Johor. Buku ini juga mengisahkan perjuangan Raja Ali Haji sebagi seorang pahlawan Bugis dan perjuangannya menentang Belanda. Raja Ali Haji telah meninggal duna di Riau sekitar tahun 1973. Beliau telah diangkat sebagai pahlawan negara oleh pemerintah Republik Indonesia pada tahun 2006. 

No comments:

Post a Comment