FALSAFAH MELAYU DALAM KARYA AGUNG :
" PANTUN MELAYU : BINGKISAN PERMATA "
Falsafah Melayu dalam Karya Agung : Bingkisan Permata
Bingkisan Permata
Bingkisan permata merupakan salah satu karya yang tersenarai
sebagai karya agung Melayu. Karya ini menghimpunkan pantun dan puisi istimewa
ciptaan orang Melayu yang tiada tolok bandingnya. Buku ini yang diberi judul
Pantun Melayu : Bingkisan Permata merupakan sebuah koleksi terpilih pantun
Melayu karya agung yang mengandungi lebih empat ribu rangkap pantun.
Pantun-pantun yang dipaparkan dalam bingkisan ini telah dipilih daripada sampel
yang cukup besar, meliputi sekitar lima belas ribu rangkap daripada lebih lapan
puluh sumber. Pemilihan dibuat berdasarkan beberapa kriteria yang bersesuaian
dengan tanggapan umum masyarakat Melayu terhadap apa yang dimaksudkan dengan
pantun yang baik dan indah. Tanggapan tersebut tidak jauh bezanya dengan
teori-teori estetika seni dan sastera sejagat, khususnya bagi genre puisi.
Karya agung ini telah dikaji dan diperkenalkan oleh Harun Mat piah.
Falsafah Adat dan Etika
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), adat didefinisikan
sebagai peraturan yang sudah diamalkan sejak dahulu kala dalam suatu masyarakat
sehingga menjadi hukuman atau peraturan yang harus dipatuhi. Adat sangat
sinonim dalam masyarakat Melayu kerana ia sering diaplikasikan dalam aktiviti
seharian. Etika pula ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak
yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (Kamus Dewan
Edisi Keempat, 2010 : 401). Ringkasnya,
adat dan etika boleh difahami sebagai satu peraturan yang dipersetujui bersama
dan diamalkan dalam masyarakat. Contoh pantun yang menyebutkan perihal adat
yang terdapat dalam karya agung Pantun Melayu : Bingkisan Permata ialah :
Anak
Cina bertimbang madat
Dari Makasar langsung ke Deli
Hidup di dunia biar beradat
Bahasa tidak terjual beli. (Halaman 79)
Anak
India membawa madat,
Dari
Kedah langsung ke Bali
Hidup
manusia biar beradat
Bahasa
tidak berjual beli. (Halaman
79)
Berdasarkan dua contoh pantun yang dipetik daripada
‘Bingkisan Permata’ tersebut, kita dapat menyimpulkan bahawa adat merupakan
suatu pegangan yang penting dalam masyarakat Melayu. Malah, kepentingan adat
dalam masyarakat terbukti dengan wujudnya pepatah yang berbunyi ‘Biar mati
anak, jangan mati adat’. Sesetengah orang memahami maksud tersebut dengan
pengertian bahawa ada itu menghalalkan pengorbanan nyawa. Analogi yang lebih
mudah ialah, masyarakat Melayu itu sanggup membunuh anak demi mempertahankan adat
yang dipegang.
Namun terdapat definisi lain yang boleh kita fahami daripada pepatah tersebut. Frasa ‘biar mati anak, jangan mati adat’ itu membawa maksud hukuman atau peraturan itu tidak mengenal darjat dan pangkat. Maksudnya, walau siapa pun yang membuat kesalahan, dia masih tertakluk dengan peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan ini tidak akan terhapus dengan sebab ketinggian darjat seseorang. Keadaan ini juga membawa maksud bahawa tiada imuniti bagi orang-orang besar dan berdarjat tinggi yang melakukan kesalahan. Jika kita teliti kedua-dua buah pantun di atas, ia menekankan perihal hidup beradat. Ayat yang digunakan juga seakan-akan menyeru masyarakat supaya mengamalkan cara hidup yang beradat. Hal ini demikian kerana, adat mengandungi pertauran-peraturan penting yang telah ditetapkan merangkumi tatacara dan tatatertib kehidupan serta hukuman ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Jadi, kepatuhan terhadap adat ini adalah bertujuan untuk memelihara keharmonian dan kerukunan dalam masyarakat serta mengelakkan berlakunya huru-hara.
Namun terdapat definisi lain yang boleh kita fahami daripada pepatah tersebut. Frasa ‘biar mati anak, jangan mati adat’ itu membawa maksud hukuman atau peraturan itu tidak mengenal darjat dan pangkat. Maksudnya, walau siapa pun yang membuat kesalahan, dia masih tertakluk dengan peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan ini tidak akan terhapus dengan sebab ketinggian darjat seseorang. Keadaan ini juga membawa maksud bahawa tiada imuniti bagi orang-orang besar dan berdarjat tinggi yang melakukan kesalahan. Jika kita teliti kedua-dua buah pantun di atas, ia menekankan perihal hidup beradat. Ayat yang digunakan juga seakan-akan menyeru masyarakat supaya mengamalkan cara hidup yang beradat. Hal ini demikian kerana, adat mengandungi pertauran-peraturan penting yang telah ditetapkan merangkumi tatacara dan tatatertib kehidupan serta hukuman ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Jadi, kepatuhan terhadap adat ini adalah bertujuan untuk memelihara keharmonian dan kerukunan dalam masyarakat serta mengelakkan berlakunya huru-hara.
Falsafah Budi dan Adab
Budi bermaksud akal atau kebijaksanaan ( Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2010 : 212 ). Adab pula ialah tingkah laku serta tutur kata yang
halus, budi bahasa atau budi pekerti yang halus (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2010 : 7). Terdapat banyak pantun Melayu yang memperkatakan tentang budi dan
adab. Hal ini membuktikan bahawa, di samping adat masyarakat Melayu turut
menitikberatkan budi dan adab. Antara pantun yang dikemukakan ialah :
Ambil galah jolok remenia
Kait mari sampai berdiri
Kita
hidup atas dunia
Buat baik taburkan budi. (Halaman 97)
Pantun ini menjelaskan bahawa kehidupan di atas dunia itu
memerlukan seseorang itu untuk berbudi kepada orang. Maksud ‘berbudi’ dalam
konteks masyarakat Melayu boleh diertikan sebagai membantu atau menolong orang
lain yang berada dalam kesusahan. Bantuan dan pertolongan itu boleh dilakukan
dalam pelbagai bentuk dan cara asalkan ia mampu untuk meringankan beban yang
dtanggung oleh orang lain. Seseorang yang berbudi juga secara tidak langsung
telah menjaga adab antara seorang manusia dengan manusia yang lainnya. Hal ini
demikian kerana, tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain
adalah perkara yang wajar dilakukan apabila melihat orang lain berada dalam
kesusahan. Ini juga membuktikan bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat yang
suka membantu.
Ada seekor burung helang
Suka bertenggek di atas carang
Hancur daging bercerai tulang
Budi yang baik baharulah hilang. (Halaman 96)
Pantun ini pula menjelaskan kepada kita bahawa perbuatan
menabur budi itu adalah satu perbuatan yang mulia. Jasa orang-orang yang
berbudi tidak akan dilupakan dengan mudah walaupun orang tersebut sudah tiada
lagi di atas muka bumi. Kebaikan yang dilakukan akan sentiasa segar dan menjadi
ingatan . Hal ini tergambar dalam frasa yang berbunyi ‘Hancur daging bercerai
tulang, budi yang baik baharulah hilang’.
Falsafah Agama dan Pengajaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) agama bermaksud
kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan
ajaran serta perintah-Nya. Pengajaran pula ialah peringatan atau pedoman (Kamus
Dewan Edisi Keempat, 2010 : 21). Masyarakat Melayu pada awalnya tidak mnganuti
apa-apa agama dan menjadikan unsur-unsur alam seperti matahari, pokok dan
lain-lain sebagai objek untuk disembah. Perbuatan ini dinamakan animisme.
Setelah itu, agama Hindhu dibawa masuk ke Kepulauan Melayu yang menyebabkan
masyarakat Melayu terdedah kepada agama ini termasuklah dalam kalangan
pemerintah. Kemasukan agama Hindhu jugalah yang menyebabkan wujudnya
candi-candi yang menjadi tempat ibadah mereka. Contohnya seperti Candi Lembah
Bujang di Kedah. Namun, kepercayaan animisme dan Hindhu ini kemudiannya dapat
dihakis dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagan-pedagang yang
berbangsa Arab. Golongan ini berniaga sambil menyampaikan dakwah. Maka, agama
Islam berkembang dengan pesat dan dianuti oleh golongan pemerintah serta
rakyat. Antara pantun yang mengetengahkan tema agama adalah seperti berikut :
Alam pura Raja Mahkota
Pergi berperang ke negeri Basanah
Ingat-ingat mengeluarkan kata
Zaman
sekarang banyak fitnah. (Halaman 132)
Pantun ini mengutarakan persoalan adab ketika berkata-kata.
Berdasarkan dua baris terakhir pada pantun tersebut iaitu ‘ingat-ingat
mengeluarkan kata, zaman sekarang banyak fitnah’ , ia boleh dikategorikan sebagai nasihat yang
dilemparkan kepada umat manusia supaya sentiasa berfikir sebelum mengucapkan sesuatu.
Berita yang didengar itu haruslah diselidiki kesahihannya sebelum disebarkan
kepada orang lain. Saranan ini menepati garis panduan dalam Islam yang melarang
manusia melemparkan fitnah kepada manusia yang lainnya, sepertimana firman
Allah bahawa fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Maka, jelaslah bahawa
orang Melayu pada zaman dahulu telah mengamalkan ajaran agama Islam dan
menjadikannya sebagai falsafah yang dipegang dalam kehidupan.
Gunung daik nampak berjajaran
Nampak dari segala pekan
Jikalau baik ambil akan pelajaran
Jikalau jahat segera buangkan. (Halaman
150)
Pantun ini pula memberi saranan kepada masyarakat supaya
mengambil pengajaran daripada sesuatu perkara yang baik. Segala amalan,
perbuatan dan percakapan yang baik bolehlah dicontohi kerana perbuatan yang
baik ini disukai orang. Tambahan pula, perbuatan yang baik ini akan mewujudkan
hubungan yang erat antara sesama insan. Oleh yang demikian, keharmonian dalam
masyarakat akan sentiasa terpelihara. Di samping itu, amalan yang tidak baik
pula perlulah dijauhi dan jangan sesekali dicontohi. Ia seharusnya dijadikan
sempadan dalam kehidupan. Hal ini membuktikan bahawa orang Melayu mementingkan
perilaku yang baik dan terpuji serta menolak perbuatan-perbuatan yang keji
seperti yang disarankan oleh agama.
Falsafah Peribahasa, Kiasan dan Ibarat
Bahasa kiasan tergolong dalam dua jenis iaitu peribahasa dan
bukan peribahasa (Ainon Mohd & Abdullah Hassan, 2010). Menurut Ainon Mohd.
Dan Abdullah Hassan (2010) lagi, peribahasa tergolong dalam bahasa kiasan yan
sudah mantap dari segi bentuk bahasa dan maknanya. Kiasan bahasa Melayu
dipelajari oleh para penutur bahasa Melayu secara alamiah. Pada suatu masa
dahulu, kemahiran mencipta bahasa kiasan dianggap sebagai bakat semulajadi yang
dimiliki oleh pengarang. Mereka dianggap mempunyai bakat istimewa yang
dikurniakan oleh Tuhan. Keistimewaan bahasa kiasan ini ialah ia menyampaikan
sesuatu secara tersirat. Maksud tersirat itu tidak akan didapati daripada makna
perkataan yang digunakan, tetapi orang yeang mendengar harus bijak mentafsirkannya
menurut falsafah bagi perlambangan-perlambangan yang digunakan. Tujuannya
adalah untuk menjaga hati orang yang dilawan bercakap supaya tidak terguris
perasaannya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyampaikan hasrat yang
terperndam. Contoh pantun yang menggunakan kiasan adalah seperti berikut :
Akar
nibung meresap-resap
Akar
mati dalam perahu
Terbakar
kampung kelihatan asap
Terbakar hati siapa tahu.
(Halaman 181)
Isi kandungan pantun ini ialah luahan rasa yang dalami oleh
seseorang. Walau bagaimanapun, ia tidak disampaikan secara terang-terangan
sebaliknya disisipkan dalam pantun yang mempunyai kiasan. Jika kita teliti pada
dua baris yang terakhir iaitu ‘ Terbakar kampung kelihatan asap, Terbakar hati
siapa tahu’, ia menggambarkan perasaan marah yang dirasai oleh penulis.
Perasaan marah tersebut telah dianalogikan seperti kebakaran. Jika belaku
kebakaran di sesebuah kampung tandanya dapat silihat iaitu asap, tetapi jika
hati yang sedang marah, hanya pemilik hati tersebut yang tahu akan perasaannya
itu. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa orang Melayu mengamalkan falsafah
berkias dalam menyampaikan perasaan, atau hasrat yang dipendam kerana bangsa
ini adalah bangsa yang penuh dengan kesopanan.